tips & petua
7 CARA BERKESAN BUAT SUAMI RINGGAN TULANG
1. PASTIKAN SUAMI TIDAK TERLALU PENAT.
Suami adalah ketua keluarga. Dia punya tanggungjawab besar untuk menyara keluarga terutama jika si isteri tidak berkerja. Dari awal pagi hingga petang bahkan samapi mlam suami mungkin menghabiskan harinya dengan berkerja.Jadi jika anda ingin meminta bantuannya melakukan kerja rumah anda harus pastikan diri tidak dalam keadaan penat. Janganlah meminta suami menyidai kain sebaik saja dia baru pulang kerja.klau itu yang anda lakukan bererti seseorg isteri yang tidak peka dan kurang menhargai peranan suami sebagai mencari nafkah.
2 BERIKAN ALASAN YANG LOGIK
Lelaki adalah manusia yang mementingkan akal fikiran yang logik. Oleh itu ketepikan emosi (marah/menarik muka/merajuk/sedih dan sebagainya)( ketika meminta bantuan darinya. Bertahu suami alasan2 logik kenapa anda perlukan bantuan dalam menyelesaikan kerja-kerja umah tanga.
3. TAWARKAN SUAMI MELAKUKAN TUGAS BERAT.
Tugas itu meliputi mencuci kereta membersihkan bilik air memotong rumput memperbaiki barang rosak dan perkerjaan2 lain yang memerlukan tenaga extra. Selain itu tugas yang memerlukan kepakaran lelaki juga dapat dialihkan kepada mereka seperti membersih peti ais. Terangkan klau anda yang membuatnya anda mungkn tersalah langkah kerana lelaki umumnya lehib paham tentang elektrik dan barang elektronik.
4. SENTUH PERASAANNYA
suami anda pasti mencinta anda dan ingin anda bahagia.
5. RAYU DENGAN HADIAH
cara in kadang-kadang berjaya.Hadiah yang boleh anda tawarkan misalnya memasak masakan kesukaanya, melakukan sesuatu yang selama ini anda hindari tapi sebenarnya diinginkan suami melakukan hobi bersama-sama.
6. UCAPAKN TERIMA KASIH
Ucapkan terima kasih jika suami mahu membantu anda. biasanya motivasi akan membuat suami anda cukup berhaga kerana dapat meringgankan beban isteeri tercinta.Selain ucapan terima kasih berikan juga pujian setiap kali suami selesai membantu anda. Dua kalimah ini wajid diucapkan agar dia lebih senang membantu anda di kemudian hari.
7. MASA YANG SESUAI.
meminta suami membantu urusan rumahtanga juga memerlukan masa yang tepat. Paling baik adalah ketika suami sedang bersantai dan moodnya elok. Misalnya ketika sedang menonton televisyen makan bersama atau pun sebelum tidur.Buatlah komitmen dalam hati untuk tidak memulakan pertengkaran dan tidak terpancing dengan emosi. Hindari juga diri mengomel membentak menyindir dan sebagainya kerna ini akan membuat suami makin keras kepala dan langsung engggan membantu..
selamat mencube hhehehe
10 SIFAT ISTERI YANG DISUKAI SUAMI
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.
* KEANAK-ANAKKAN
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
* PENUH PENGERTIAN
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya
* MENGHARGAI
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
* MENJAGA PENAMPILAN
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??
* PANDAI BERBICARA
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.
* PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
* MENGHORMATI DIRI SENDIRI
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang
wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
* SIMPATI DAN PRIHATIN
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia.
ILMU SUAMI MENAMBAT HATI ISTERI.
1. Sentiasa berdoa agar disayangi.
2. Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
4. Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
5. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
6. Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
7. Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
8. Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
9. Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
15. Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri
16. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
20. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".
22. Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
23. Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
24.
25. Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
26. Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
27. Sentiasa lakukan ibadah bersama.
28. Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
29. Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
30. Urut belakang isteri sekali sekala.
31. Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
32. Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
33. Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
34. Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
35. Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
36. Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
37. Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.
38. Lebihkan isteri daripada anak-anak.
40. Seeloknya masuk tidur serentak.
41. Belai isteri sebelum pergi kerja.
42. 46. Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.
47. Kalau berjima` , pastikan isteri inzal juga, jangan suami se orang saja yang 'dapat'.
PETUA MENGEKALKAN KEHORMANIAN RUMAHTANGGA
Kemesraan adalah antara cara mengekalkan keharmonian rumahtangga & Rasulullah telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri baginda..........
Tidur dalam satu selimut bersama isteri..
Dari Atha` bin Yasar:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a biasa mandi bersama dlm satu bejana. Ketika baginda sedang berada dlm satu selimut dgn Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, `Mengapa engkau bangkit?` Jawab Aisyah, Kerana saya haid, wahai Rasulullah.' Sabda Rasulullah, 'Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali padaku.' Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau."
( Hadis Riwayat sa`id bin Manshur ).
Memberi wangi-wangian pada aurat
Aisyah berkata, "sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai drpd auratnya menggunakan nurah ( sejenis serbuk pewangi ) & isterinya baginda meminyaki bagian lain tubuh Rasulullah s..a.w.
( Hadis Riwayat Ibnu Majah ).
Mandi bersama isteri
Dari Aisyah r.a. beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami ( ke dlm bejana tesebut )."
( Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah ).
Disikatkan oleh isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, " Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika itu saya sedang haid".
( Hadis Riwayat Ahmad ).
Meminta isteri meminyaki badan
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, "Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w pd hari Raya 'Aidil Adha' setelah beliau melakukan jumrah aqabah."
( Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir ).
Minum bergantian pada tempat yang sama
Drpd Aisyah r.a, dia berkata:"Saya biasa minum dari cawan yg sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut & meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebutdan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pd tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya."
( Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur ).
Membelai isteri
"Adalah Rasulullah s.a.w tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua ( isterinya ) seorang demi seorang. Baginda menghampiri & membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yg menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya."
( Hadis Riwayat Ahmad ).
Mencium isteri
Dari Aisyah r.a, bahawa Nabi s.a.w biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang & tidak mengulangi wuduknya."
( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).
Dari Hafshah, puteri Umar r.a, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa."
( Hadis Riwayat Ahmad ).
Berbaring di pangkuan isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Nabi s.a.w biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran."
( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).
Memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah s.a.w biasa memanggil Aisyah dgn beberapa nama panggilan yg di sukainya spt Aisy & Humaira (pipi merah delima).
Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
Nabi s.a.w biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku & lindungilah diriku dari fitnah yg menyesatkan."
( Hadis Riwayat Ibnu Sunni ).
Membersihkan titisan darah haid isteri
Dari Aisyah r.a, dia berkata."Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w di atas satu tikar ketika aku sedang haid.Apabila darah ku menitis di atas tikar itu, Baginda mencucinya pd bhgn yg terkena titisan darah & baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku.Apabila darah ku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pd bhgn yg terkena titisam darah itu saja & tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu.."
( Hadis Riwayat Nasai ).
Memberikan hadiah
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, "Ketika Nabi s.a.w menikah dgn Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya,'Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kpd Raja Najasyi sebuah pakaian berenda & beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia & aku mengagak hadiah itu akan di kembalikan.Jika hadiah itu memang di kembalikan kepadaku, aku akan memberikanyya kepadamu." Dia ( Ummu Kaltsum ) berkata,"Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yg di sabdakan Rasulullah s.a.w & hadiah tersebut di kembalikan kpd Baginda, lalu Baginda memberikanyya kpd masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi & pakaian tersebut Baginda berikan kpd Ummu Salamah." ( Hadis Riwayat Ahmad )
Segera menemui isteri apabila tergoda
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, utk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar & bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan.......apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yg menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya krn pd diri isterinya ada hal yg sama dgn yg ada pd wanita itu."
( Hadis Riwayat Tirmizi ).
Begitu indahnya kemesraan Rasulullah s.a.w kpd para isteri Baginda, memberikan gambaran betapa Islam sgt mementingkan sikap kerana sikap & perbuatan baik cara yg paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih & sayang antara suami & isteri. Inilah teladan yg perlu di contohi. sumber: cari.com
0 comments: