Laman utama














Sekarang ni nak kahwin bukannya senang, duit tak cukup RM20,000 kena fikir banyak kali nak kahwin. Kena buat pinjaman kat bank, pinjam dari kawan-kawan, sedara mara. Ada setengah yang siap jual motor, buat bisnes part time cari duit lebih semata-mata nak kahwin. Jangan pinjam dari along sudah!!!!!!!!!

Di syoknyekawin.blogspot.com, kami prihatin dengan keperluan semasa dan menyediakan segala-galanya yang anda perlukan untuk menjadikan majlis perkahwinan anda satu kenyataan.

Kami menyediakan tips persediaan perkahwinan, pengurusan wang berhemat, direktori pemberi perkhidmatan termasuk kad jemputan kahwin, fotografi, gubahan, andam, katering dan macam-macam adaa...

(rosnida ab razak)

Read More

Gubahan dan cenderahati perkahwinan

DALAM majlis perkahwinan Melayu, hantaran antara perkara penting yang perlu ada. Pada majlis bersejarah itu, lazimnya pengantin lelaki dan perempuan akan saling berbalas hantaran.

Mengikut adat, jumlah hantaran mestilah ganjil, contohnya lima, tujuh, sembilan, sebelas dan seterusnya. Balasannya juga perlu diadakan dalam angka ganjil.

Hantaran, yang boleh dianggap sebagai hadiah kepada pasangan masing-masing akan dibuat beberapa hari lebih awal. Pelbagai gaya kreatif dilihat dalam menggubah sesebuah hantaran.

Pada masa kini, kebanyakan memilih warna tema tertentu bagi majlis perkahwinan mereka termasuk daripada segi warna hantaran, pelamin, bilik pengantin, pakaian keluarga, warna khemah dan sebagainya.

Hantaran sememangnya sebagai penyeri sesuatu majlis perkahwinan. Selain keluarga, tetamu yang datang biasanya teringin untuk melihat hantaran pengantin.

Coklat sesuai dijadikan Hantaran Perkahwinan atau pun Cenderahati Perkahwinan untuk tetamu. Coklat dan hantaran perkahwinan atau pun sebagai cenderahati perkahwinan sudah menjadi satu perkara yang sinonim dewasa ini. Coklat merupakan lambang kemewahan dan turut dikenali sebagai ‘Food Of God’. Jika dulu,coklat hanya terhad kepada beberapa bentuk sahaja,tetapi kini, coklat boleh didapati dalam pelbagai bentuk, perasa dan warna malahan gambar juga boleh dicetak di atas coklat. Coklat sebenarnya terdiri daripada pelbagai jenis iaitu coklat tulen, coklat susu dan coklat pahit.Coklat tulen merupakan coklat yang paling lazat dan dikenali juga sebagai ‘Premium Chocolate’. Coklat jenis ini biasa terdapat di tempat-tempat eksklusif seperti ‘airport’ dan hotel-hotel.

Coklat sesuai dijadikan Hantaran Perkahwinan ataupun Cenderahati Perkahwinan
Coklat sesuai dijadikan Hantaran Perkahwinan ataupun Cenderahati Perkahwinan


Coklat telah menjadi tradisi dalam pemberian hadiah seperti ulangtahun,hari kekasih dan juga hantaran perkahwinan mahu pun cenderahati perkahwinan. Coklat dipersembahkan dalam pelbagai bentuk yang menarik; bagi menambahkan nilai kemewahan coklat tersebut.


Di Malaysia, tradisi pemberian coklat sebagai hadiah terutamanya di majlis perkahwinan semakin popular. Ini termasuklah pemberian sebagai hantaran perkahwinan dan juga cenderahati perkahwinan untuk tetamu. Coklat telah diserikan lagi dengan pelbagai bentuk,seni hiasan dan juga pembungkusan yang menarik sesuai untuk hantaran perkahwinan.

Terdapat pelbagai jenis coklat iaitu coklat tulen, coklat susu dan juga coklat pahit. Selain rasanya yang enak, bentuk yang pelbagai pasti menarik hati para tetamu.Terdapat juga pelbagai idea untuk hantaran perkahwinan dan cenderahati perkahwinan yang berasaskan coklat.

Coklat sesuai dijadikan Hantaran Perkahwinan ataupun Cenderahati Perkahwinan
Coklat sesuai dijadikan Hantaran Perkahwinan ataupun Cenderahati Perkahwinan

Masalah budget masa kini tidak menjadi penghalang bagi mereka yang berkeinginan untuk menjadikan coklat sebagai hadiah di hari perkahwinan mereka. Ini kerana,coklat boleh didapati daripada pelbagai harga; serendah RM 1.00. Selain itu juga, bagi pasangan pengantin yang ingin mengabadikan gambar mereka pada pembungkus ‘Chocolate Bar’ juga boleh memilih ‘Personalized Chocolate Bar’.

Coklat sebenarnya tidak mempunyai banyak masalah dari segi ketahanan. Coklat boleh disimpan sehingga 3 bulan dalam bekas kedap dan bersuhu bilik. Asalkan ia diletakkan jauh dari sinar matahari,coklat masih boleh digunakan walaupun telah dibeli 3 bulan yang lepas!
Ramai yang sudah berpuas hati kerana menjadikan coklat sebagai pilihan cenderahati dan hantaran mereka.Kerana mereka tahu, dengan hanya sedikit perbelanjaan, majlis mereka terus diingati disebabkan kelazatan coklat yang telah diberi.

Bag organza sebagai cenderahati perkahwinan telah menjadi trend masa kini. Ianya simple tetapi menampilkan kelainan dengan pelbagai pilihan bag organza yang cantik dan menarik dari The xSara.

Bag Organza boleh diisi dengan pelbagai jenis kandungan sebagai cenderamata perkahwinan. Contohnya ialah teddy bear, gula-gula atau pun coklat, keropok dan juga biskut roti kecil.



PENGGUNAAN bunga dalam setiap majlis perkahwinan bagaikan satu kemestian kerana ia elemen utama menambahkan seri dan mencetuskan suasana segar. Daripada hiasan pintu gerbang, pelamin hinggalah ruang kamar, bunga tangan dan juga gubahan hantaran, kehadiran bunga amat penting kerana membawa pelbagai mesej kegembiraan serta suasana romantik yang diimpikan. Tidak kiralah sama ada anda menggunakan bunga segar atau bunga plastik mahupun tiruan yang direka sendiri, penggunaannya tetap menyerikan persekitaran ditambah lagi jika didatangkan dengan penuh warna-warni dan ditampilkan dalam gubahan yang menarik. Ini bermakna, kreativiti juga amat diperlukan kerana meletak bunga semata-mata untuk sesuatu gubahan belum pasti lagi menarik, sentuhan berseni tetap diperlukan supaya dapat memberi lebih impak dan menerima pujian serta mencipta suatu kelainan. PELBAGAI bunga mawar berwarna-warni mencuri tumpuan Memberikan idea lebih segar dan menambahkan lagi kreativiti penggunaan bunga untuk menyeri dan menceriakan majlis perkahwinan, terkini bunga sabun diketengahkan. Jika dulu bunga sabun lazimnya didatangkan dalam bentuk yang agak tebal dan jelas ketara diperbuat daripada bahan itu, kini ada bunga sabun benar-benar menyerupai kuntuman bunga hidup. Malah, sekali pandang anda mungkin ‘tertipu’ dan mungkin sukar hendak percayai bahawa ia diperbuat daripada sabun, tambahan pula rupa bentuknya kelihatan begitu segar.

BUNGA sabun didatangkan dalam bekas dan dihiasi reben untuk dijadikan cenderamata.



ANTARA gubahan bunga sabun yang cantik untuk menyerikan meja makan tetamu.




(Maziah bt Musa..)

Read More

Kad Undangan Perkahwinan



















Perkahwinan adalah peristiwa terpenting dan teristimewa dalam kehidupan kita. Jadikan ia tampak lebih sempurna dan menarik dengan menggunakan kad undangan perkahwinan yang mempunyai ciri-ciri rekabentuk yang berpadanan dengan trend terkini. Terdapat banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan mereka bentuk dan mencetak kad undangan perkahwinan.

Pelbagai koleksi kad kahwin yang beraneka klasifikasi, jenis yang unik dan eksklusif untuk majlis sederhana dan majlis prestij yang mampu anda pilih.sumber:kadkahwin.com






posted by: norshaira ismail

Read More

Fesyen Pengantin









Kini banyak pihak yang menawarkan perkhidmatan butik serta fesyen untuk pengantin. Kesemuanya pasti menghidangkan pelbagai koleksi menarik dan terbaik mereka kepada para mempelai yang inginkan majlis perkahwinan yang indah dan gemilang.

Yang paling menariknya adalah anda mampu berjimat tetapi masih mampu menggayakan busana perkahwinan yang berkualiti dan mahal. Ini kerana terdapat banyak khidmat sewaan pakaian pengantin pelbagai fesyen pengantin dari merata-rata butik pengantin di tempat anda. Anda beruntung kerana tidak perlu membelinya kerana jika tidak pasti anda terpaksa membelanjakan kos yang mahal hanya untuk persediaan baju pernikahan. Juga, dari aspek fesyen dan gaya pula kini banyak yang boleh disesuaikan dengan trend semasa serta konsep yang anda inginkan.sumber:www.zarithandaman.com

posted by: norshaira ismail






















































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Read More

Perkahwinan menurut perspektif Islam

Perkahwinan adalah merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. dan digalakkan di dalam Islam serta dituntut oleh Hukum Syarak, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

" Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku ". ( Riwayat Ibnu Majah )

Dalil yang menunjukkan bahawa perkahwinan itu dituntut oleh syarak adalah seperti berikut :

  • Dalil dari Al-Quran yang bermaksud :

    "Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil( di antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja". ( Surah An - Nisaa' - Ayat 3 )

  • Dalil dari As-sunnah yang bermaksud:

    "Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng". ( Riwayat Muslim )


  • Dari Ijmak Ulama : Semua ulama sepakat mengatakan bahawa hukum perkahwinan itu adalah dituntut oleh Hukum Syarak.

Hukum berkahwin itu ada empat :

1. Wajib - Orang yang cukup belanja dan tidak dapat menahan nafsunya.
2. Sunat - Orang yang cukup belanja dan ingin berkahwin.
3. Makruh - Orang yang cukup belanja tetapi tiada keinginan berkahwin.
4. Haram - Orang yang yakin tidak dapat melaksanakan tanggungjawab.

Rukun-rukun nikah :

1. Lelaki yang bakal menjadi suami.
2. Perempuan yang bakal menjadi isteri.
3. Wali yang adil
4. Dua orang saksi yang adil
5. Ijab dan Qabul (Tawaran dan Penerimaan)

Syarat-syarat lelaki bakal suami :

1. Beragama Islam
2. Tidak berihram haji atau umrah
3. Lelaki tertentu
4. Belum mempunyai empat isteri
5. Dengan kerelaan diri sendiri bukan paksaan
6. Seorang lelaki (bukan khunsa musykil)

Syarat-syarat perempuan bakal isteri :

1. Beragama Islam.
2. Perempuan yang tertentu.
3. Bukan Mahram kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya
4. Bukan isteri orang dan tidak di dalam eddah orang lain.
5. Tidak berihram haji atau umrah.

Syarat-syarat wali :

1. Beragama Islam.
2. Seorang lelaki.
3. Baligh.
4. Dengan kerelaan sendiri bukan paksaan.
5. Tidak berihram haji atau umrah.
6. Orang yang adil ( tidak fasiq ).
7. Seorang yang sempurna akalnya.

Syarat-syarat saksi :

1. Bilangannya tidak kurang daripada dua orang.
2. Beragama Islam.
3. Berakal
4. Baligh
5. Lelaki.
6. Sejahtera pancaindera (boleh melihat, mendengar, bertutur). 7. Memahami isi-isi kandungan lafaz ijab dan qabul.
8. Orang yang adil (tidak fasiq)

Sighah Ijab:

1. Sighah ijab hendaklah digunakan lafaz nikah atau dengan terjemahan daripada dua lafaz itu dalam apa jua bahasa.

2. Lafaz ijab boleh dibuat oleh wali itu sendiri atau wakilnya.

Contohnya : "Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Fatimah bte Abdullah / berwakilkan wali bapanya kepadaku dengan maskahwinnya RM 40.00 tunai ".

Sighah Qabul : Iaitu upacara penerimaan daripada lelaki sendiri ataupun wakilnya setelah selesai sighah ijab dengan tidak diselangi oleh apa-apa perkataan asing atau masa yang panjang.

Contohnya : "Aku terima nikah Fatimah bte Abdullah dengan maskahwinnya RM 40.00 tunai " .

Tanggungjawab suami kepada isteri :

1. Pemberian maskahwin.
2. Pemberian nafkah.
3. Berkelakuan baik.
4. Memberi bimbingan.
5. Menjaga kehormatan isteri.
6. Memberi layanan zahir dan batin.
7. Melakukan keadilan sekiranya berpoligami.

Tanggungjawab isteri kepada suami :

1. Wajib taat kepada suaminya.
2. Wajib tinggal di rumah yang dietapkan oleh suaminya.
3. Wajib menjaga kehormatan dirinya.
4. Wajib menjaga rumahtangganya.
5. Tidak menolak panggilan suami jika dipanggil ke tempat tidur.

Tanggungjawab bersama suami dan isteri :

1. Halal pergaulan sebagai suami-isteri.
2. Suci benih keturunan.
3. Wujud hak pusaka-mempusakai di antara keduanya.
4. Sah taraf anak (keturunan) kepada suami.
5. Kewajipan keduanya berlaku dalam pergaulan.
6. Bermesyuarat dan berbincang di dalam hal ehwal rumahtangga.
7. Berlaku adil di dalam segala bentuk kehidupan.

Sumber Rujukan :
1. Fiqh Imam As-Syafie - Hj. Idris bin Ahmad .
2. Ringkasan Munakahat - Ibnu Rahmat .

(Maziah Musa...)


Read More